
KE KUATAN DAN KELEMAHAN ALAT BERFIKIR PETA PEMIKIRAN (I-THINK) Kaedah konvensional iaitu “chalk and talk “semata-mata dilihat memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik kreatif,inovatif dan kritis yang sesuai dengan teknologi yang ada pada masa sekarang.I-Think membawa singkatan dari “ innovative THINking ” iaitu pemikiran inovatif. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran pada abad ke-21 ini telah banyak teknik dan kaedah yang telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan pencapaian akademik seseorang .Pelaksanaan program i-Think di sekolah seluruh Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid yang berinovatif pada masa akan datang.Hal ini berikutan pada 27 Julai 2011 mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk melaksanakan program i-Think yang merangkumi seluruh buah sekolah di Malaysia.Antara ciri yang diutamakan dalam i-Think i...